September 22, 2009

Selamat Hari Raya 1430 Hijrah, ( Tahun Nie Raya Kat Perantauan Lagi)

Alhamdulillah, walaupun da 3 hari berlalu, rasanya blum terlambat lagi nak ucapkan selamat Hari Raya kepada semua saudara-saudara seIslam,dan sesiapa sahaja yang menyambut hari kemenangan ini,

tahun nie, sperti biasa, raya diperantauan, tapi tmpat berlainan, 3 tahun dulu, beraya di bintulu sarawak, tahun nie, raya kt sabah pula, kota kinabalu, ramai gak sms bertanya khabar raya tahun nie.. terutama sahabat dari serdang dan dari bintulu sendiri bertanyakan suasana berhari raya ditempat baru, jawapan, jz Alhamdulillah, bolehla....

kalau nak dibandingkan 2 tempat aku merantau nie.. suasana raya di bintulu sarawak mmg meriah (kena la dengan org sarawak yang memang semangat bab2 raya nie) pagi2 raya di bintulu, mmg aku sngt2 sibuk.. hehehe.. dari malam raya (menolong memasak di pusat islam untuk prog selepas solat sunat hari raye), pg raya pulak, bgun awal solat subuh berjamaah kat Pusat Islam (masjid) upmkb dan diberi amanah bersama sahabat2 yang lain untuk memastikan perjalanan solat sunat hari raya berjalan lancar di pusat islam tu... bermula dengan takbir hari raya selepas subuh, kira2 stgh jam. pastu menjenguk dapur pusat islam (wat muke kesian) kat org2 yang tengah memasak kat dalam dapur tu tok minta sarapan, hehehehe... pastu balik sekejap untuk menukar pakaian n pergi balik ke pusat islam untuk takbir sementara menunggu jamaah penuh,dan tahun lepas gak la.. aku diberi amanah untuk membaca khutbah raya diatas mimbar pusat islam, selepas solat sunat hari raya acara makan2 pun berlangsung untuk meraikan pelajar2 yang tak pulang berhari raya (aku pas solat tu trus balik n tidur sampai petang, penat woo...)

hari raya ker 2 n seterusnya pulak (sampai habis bulan syawal la) merayau-rayau sekitar bintulu, masuk n keluar rumah orang kampung, selalu kampung2 yang diterjah oleh budak2 upmkb nie, kg jepak, kg assyakirin,kg kuala tatau n aku tabik spring kat orang2 sarawak ttng adab deorg melayan tetamu, cukup tinggi pekerti deorg, biasala, dengan muke tak malu, budak2 upmkb pun menerjah masuk ke rumah-rumah deorg walaupun tak kenal or knal sket2 or sorg je knal tuan rumah tu n angkut berdozen-dozen kawan2 dia datang beraya or hanya bersua muke kat farley (pasaraya kat bintulu)n bertegur sapa sedikt n ajk2 ayam datang ke rumah deorg time raye nnti, penduduk2 bintulu menerima tetamu dengan tangan yang terbuka tanpa perasangka or ragu2 n boleh bersembang2 cm dah lame dah knal walaupun bru je knal, penduduk bintulu mmg best!!! sangat tinggi akhlak dalam melayan tetamu terutamanya golongan perantau (student cm kami2 nie ler)n kami tak la terasa sangat ble tak blik kg..

Raya kat sabah nie pulak, ermm tak leh ulas panjang2.. maybe thun pertama raya kat sni, cme terasa la... tak bayak prog... pagi raye jz solat kat masjid ums n blik. tu je lagsung takda makan2 or prog untuk maraikan pelajar2 yang tak blik cme ade prog2 kecil di kolej-kolej kediaman, n kolej aku... amat la sunyi seperti dilanggar garoda..huhu.. ape2 pun, pengalaman untuk aku beraya di sabah.. tahun nie plak tak tau mane kg nak pergi.. hehehe.. biasa la orang baru... cme pergi rumah ardi je.. blh la makan makanan bugis. sedap gak.. k la, tu je nak di coretkan tok update kali nie.. tok isu2 semasa... tak da la kot.. cme dmam pilihanraya ade lg... hehehehe...mnta2 la tradisi kemenangan trus berpihak pada yg berhak...


Seterusnya

August 30, 2009

Harga Minyak Naik Berkuatkuasa Tengah Malam INI??????

Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

p/s: Malaysia Boleh!!!!.... semua benda Boleh naik...



Seterusnya

August 22, 2009

Gamitan Perasaan Di 1 Ramadhan

Alhamdulillah,syukur pada Allah kerana dipanjangkan umur untuk masuk kedalam bulan ramadhan tahun ini, harap2 segala ibadah di bulan ini diterima olehNya,

Puasa tahun nie kat sabah, Indah permai, setelah 3 kali ramadhan yang lepas di bintulu, sahur lebih kurang dalam kol 4 sbb subuh masuk kol 4.52 am, berbuka pulak kol 6.28 pm awal 1 jam dari semenanjung.. hehehe... kepada budak2 ex-upmkb yang sambung kt semenanjung, jgn jeles...

Sebenarnya nak cerita sedikit perasaan berpuasa kat sni, tah nape tiba2 time berbuka tu dilanda sedikit perasaan sedih, tiba2 teringat kat bintulu, berbuka ramai2 kat pi, solat tarawikh kat pi yang ade aircond, layan orang amek makanaan time berbuka, jadi bilal tarawikh, mmg terasa sngt2 kat sni, sni takde lagi aktiviti2 cam tu, berbuka kat rumah, masak nasi sendiri, solat kt surau kne pilih jadi imam tarawikh tok malam 1st tp mujur malam 2nd da ade pegawai agama Universiti datang jd imam tarawikh.. pendek kata aktiviti kat sni smuanya banyak kepada individu... time2 cm nie la baru nak rasa keseronokan kat bintulu. huhuhu.


Seterusnya

August 14, 2009

Khutbah Rasul Yang Mulia

Wahai manusia!Sungguh telah datang pada kalian bulan ALLAH dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi ALLAH.Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalh malam-malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu ALLAH dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada ALLAH Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar ALLAH membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan ALLAH dibulan yang agung Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.Bertaubatlah kepada ALLAH dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika ALLAH Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah! ALLAH ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin. Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi ALLAH nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

(Sahabat-sahabat lain bertanya: "Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan:) Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirat pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, ALLAH akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.

Barangsiapa menahan kejelekannya dibulan ini, ALLAH akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, ALLAH akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, ALLAH akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, ALLAH akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, ALLAH akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, ALLAH akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul mukminin k.w. berkata: "Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi: Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan ALLAH".


Seterusnya

August 6, 2009

Assignment... Oh.. Convo...

Masuk minggu ke 5 kt UMS, maka assignment pun jatuh mencurah2 bagaikan air hujan.. huhuhu... ade 3 assgment hantar mggu ke 10) n 2 lab report kne siapkan mggu nie gak... antara assgmnt nyer ialah..

Titas -

Kota kinabalu dan sejarah kelahirannya menjadi pusat Pentadbiran dan ekonomi penting negeri sabah

pemikiran islam moden-

ade 4 tajuk, tapi maybe pilih tajuk nie kot, hurai nilai estetika dalam surah yusuf dan apakah perkara penting yang amat berkait dengan kehidupan umat islam moden hari ini yang terdapat dalam surah berkenaan.

etika dan akhlak-

senario- anda telah berkahwin dengan seorang perempuan/lelaki. pasangan anda sebenarnya beragama dengan agama lain ketika beliau dilahirkan. apabila berkahwin, pasangan anda telah menukar agamanya kepada agama anda, bagaimana kehidupan anda bersama dengan keluarganya..

huraikan keadaan anda berdasarkan FAKTA dari sudut etika,sensitiviti agama, kebiasaan, moral, suruhan dan kepercayaan.

susahkan.. huhuhu... (sesiapa mempunyai idea untuk assgmnent diatas, amat2lah dialuakan terutama dari sahabat2 bintulu..)

9 ogos nie palk convo.. fisheries batch 2006/2007, tapi tak pergi.. hehehe.. ramai gak tnye nape tak g.. n jawapannyer.. ermmm.. cm tak best je...hahaha... ape2 pn kepada budak2 fisheries, ladang, tani, haiwan n hutan batch 2006/2007, selamat berconvo... jgn lupe.. hantar2 la gamba baling motaboard tu ye....
Seterusnya

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template