September 22, 2009

Selamat Hari Raya 1430 Hijrah, ( Tahun Nie Raya Kat Perantauan Lagi)

Alhamdulillah, walaupun da 3 hari berlalu, rasanya blum terlambat lagi nak ucapkan selamat Hari Raya kepada semua saudara-saudara seIslam,dan sesiapa sahaja yang menyambut hari kemenangan ini,

tahun nie, sperti biasa, raya diperantauan, tapi tmpat berlainan, 3 tahun dulu, beraya di bintulu sarawak, tahun nie, raya kt sabah pula, kota kinabalu, ramai gak sms bertanya khabar raya tahun nie.. terutama sahabat dari serdang dan dari bintulu sendiri bertanyakan suasana berhari raya ditempat baru, jawapan, jz Alhamdulillah, bolehla....

kalau nak dibandingkan 2 tempat aku merantau nie.. suasana raya di bintulu sarawak mmg meriah (kena la dengan org sarawak yang memang semangat bab2 raya nie) pagi2 raya di bintulu, mmg aku sngt2 sibuk.. hehehe.. dari malam raya (menolong memasak di pusat islam untuk prog selepas solat sunat hari raye), pg raya pulak, bgun awal solat subuh berjamaah kat Pusat Islam (masjid) upmkb dan diberi amanah bersama sahabat2 yang lain untuk memastikan perjalanan solat sunat hari raya berjalan lancar di pusat islam tu... bermula dengan takbir hari raya selepas subuh, kira2 stgh jam. pastu menjenguk dapur pusat islam (wat muke kesian) kat org2 yang tengah memasak kat dalam dapur tu tok minta sarapan, hehehehe... pastu balik sekejap untuk menukar pakaian n pergi balik ke pusat islam untuk takbir sementara menunggu jamaah penuh,dan tahun lepas gak la.. aku diberi amanah untuk membaca khutbah raya diatas mimbar pusat islam, selepas solat sunat hari raya acara makan2 pun berlangsung untuk meraikan pelajar2 yang tak pulang berhari raya (aku pas solat tu trus balik n tidur sampai petang, penat woo...)

hari raya ker 2 n seterusnya pulak (sampai habis bulan syawal la) merayau-rayau sekitar bintulu, masuk n keluar rumah orang kampung, selalu kampung2 yang diterjah oleh budak2 upmkb nie, kg jepak, kg assyakirin,kg kuala tatau n aku tabik spring kat orang2 sarawak ttng adab deorg melayan tetamu, cukup tinggi pekerti deorg, biasala, dengan muke tak malu, budak2 upmkb pun menerjah masuk ke rumah-rumah deorg walaupun tak kenal or knal sket2 or sorg je knal tuan rumah tu n angkut berdozen-dozen kawan2 dia datang beraya or hanya bersua muke kat farley (pasaraya kat bintulu)n bertegur sapa sedikt n ajk2 ayam datang ke rumah deorg time raye nnti, penduduk2 bintulu menerima tetamu dengan tangan yang terbuka tanpa perasangka or ragu2 n boleh bersembang2 cm dah lame dah knal walaupun bru je knal, penduduk bintulu mmg best!!! sangat tinggi akhlak dalam melayan tetamu terutamanya golongan perantau (student cm kami2 nie ler)n kami tak la terasa sangat ble tak blik kg..

Raya kat sabah nie pulak, ermm tak leh ulas panjang2.. maybe thun pertama raya kat sni, cme terasa la... tak bayak prog... pagi raye jz solat kat masjid ums n blik. tu je lagsung takda makan2 or prog untuk maraikan pelajar2 yang tak blik cme ade prog2 kecil di kolej-kolej kediaman, n kolej aku... amat la sunyi seperti dilanggar garoda..huhu.. ape2 pun, pengalaman untuk aku beraya di sabah.. tahun nie plak tak tau mane kg nak pergi.. hehehe.. biasa la orang baru... cme pergi rumah ardi je.. blh la makan makanan bugis. sedap gak.. k la, tu je nak di coretkan tok update kali nie.. tok isu2 semasa... tak da la kot.. cme dmam pilihanraya ade lg... hehehehe...mnta2 la tradisi kemenangan trus berpihak pada yg berhak...


0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template