April 6, 2009

Pilihan Raya Kecil Parlimen Kawasan Bukit Gantang (P059) Pada 7 April 2009

‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa).’

Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2


Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati .

Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam sistem demokrasi. Ia menyentuh hak warganegara. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai penggubal undang-undang samada di Parlimen atau Negeri. Selaku wakil rakyat, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil rakyat. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil rakyat yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan kita selaku pengundi.

Sepanjang menjadi wakil rakyat, Allahyarham Roslan Shaharom telah menunjukkan sikap keprihatinan yang terpuji. Sehingga akhir hayatnya, Parlimen yang diwakili oleh wakil PAS dan Pakatan Rakyat sekaligus ini tidak pernah sunyi dari sentuhan khidmat beliau baik malam ataupun pagi. Pemilihan Dato’ Seri Mohd. Nizar sebagai calun adalah galang ganti yang dikira cukup cocok untuk meneruskan khidmat amal ini. Selaku seorang yang telah diuji di kerusi Menteri Besar, tidak syak lagi Mohd. Nizar adalah pilihan calon bertaraf nasional yang setepatnya untuk kerusi P059.

Baliklah dan mengundilah dengan penuh amanah pada 7 April 2009. Inilah satu-satunya senjata dan hak kita sebagai rakyat Malaysia dalam negara demokrasi. Tentukan undi Tuan/Puan akan memulihkan corak dan rupabentuk keadilan dan memperbaiki wajah demokrasi demi masa depan negara. Mari kita keluar untuk menyatakan keyakinan dan sokongan kita kepada hanya seorang sahaja wakil dari pakatan Rakyat(PR). Dengan sepangkah undi, mari kita tolak kezaliman


“UNDILAH PAS. SELAMATKAN NEGARA”


oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS.
http://www.blogtokguru.com/





0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template