July 16, 2009

Sampai Sudah Ke UMS, Alhamdulillah


Alhamdulillah, sudah hampir seminggu berada di UMS untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda setelah keputusan rayuan keluar pada 10 julai 2009, keputusan rayuan banyak menyebelahi aku (dapat dua2 sekali, UMT (akuakultur) ngan UMS (sains marin) ) mmg syukur sangat2 pada Allah kerana pengajaran yang diberi dengan menunjukkan kelebihan bersabar, terima kasih kepada kawan2 yang mendoakan supaya aku dapat menyambung pelajaran lagi..

Terbang ke kota kinabalu pada 14 julai 2009, agak penat sebenarnya semasa baru sampai disini, semuanya terpaksa diuruskan semdiri, bermula dengan mengambil teksi dari airport ke UMS n mendaftar di kolej luar (Indah Permai), mendaftar Uni dengan terpaksa memanjat tangga ke bangunan Canselori (ala2 tangga nk naik kuil batu cave je hehehe) n mengemas rumah yang diberi dan minggu nie baru je masuk 1 kelas, hehehe.... UMS agak seronok, tetapi suasana tak macam kt upmkb, staff kurang mesra, pembantu Uni lagi la.. langsung tak nampak, klu kt tmpt dulu, setiap pelajar yang datang disambut dengan pembantu U dahulu, maybe UMS nie terlalu besar n semua orang sibuk kot.. hehehehe... kat sni pulak, seolah2 masuk kembali ke alam persekolahan, fakulti dipanggil sekolah, n aku di SEKOLAH Sains dan Teknologi, manakala kolej yang kat dalam UMS di panggil kampung (ala2 klasik gitu) hehehhe... masjid pulak terletak agak jauh dari kampung2 dalam UMS tu, n sampai ari nie masih tak jumpa lagi persatuan pelajar yang seperti persatuan yang aku ikuti dulu, maybe kene rajin mencari sendiri kot, kwan2 tlg doakan aku spaya dapat jumpa persatuan yang aku ingin jmpa itu.......



1 comments:

CEO of depressive thoughts said...

wauuu.. cam bahagia jek kat sana=pp
mmm.. kalau tak jumpa persatuan tu en, apa kata, buat persatuan baru.. ceceh..

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template