July 8, 2009

PPSMI DIMANSUHKAN!!!!!!!


Alhamdulillah, syukur pada Allah, setelah 6 tahun bahasa melayu dinafikan hak sebagai bahasa ilmu didalam pembelajaran sains dan matematik disekolah rendah dan menengah, kerajaan yang selama ini dengan penuh sombong dan bongkak menyatakan ianya penting untuk umat melayu ini mendalami bahasa penjajah dengan cara menganak tirikan bahasa sendiri dan menafikan perasaan rakyat yang cintakan bahasa ibunda serta tanpa belas kasihan membunuh minat anak-anak luar dalam bidang tersebut akhirnya terpaksa akur dengan kuasa rakyat dan desakan keras daripada ahli-ahli politik pembangkang dan segala cerdik pandai yang ada didalam negara ini.. Alhamdulillah, umat melayu sepatutnya bersyukur sangat-sangat kepada Allah, kerana dikembalikan bahasa tersebut ke pangkuan orang melayu dan negara

Syabas juga diucapkan kepada kerajaan kerana dengan rendah hati terpaksa tunduk kepada rakyat walaupun mengambil tempoh yang lama untuk memansuhkan PPSMI ini, 6 tahun!!!! dan mengambil masa yang sesuai untuk mendapatkan faedah hasil pemansuhan ini 08 julai 2009, 6 hari sahaja lagi Pilihanraya Manek Urai akan berlangsung,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template